Friday, December 25, 2009

VITAMIN DAN MINERAL

Tubuh manusia memerlaukan lebih kurang 15 jenis vitamin dan mineral dalam kuantiti kecil.  Selain daripada vitamin D dan K, kesemua jenis vitamin dan mineral yang lain hanya diperolehi melalui makanan.  Kekurangan mana-mana satu bahan ini akan menimbulkan masalah kesihatan secara langsung atau mengurangkan daya tahan penyakit.  Pengamal diet perlu memihlih makanan yang dapat menyumbang keperluan vitamin danmineral yang diperlukan oleh tubuh badan.  Terlalu banyak makan bahan karbohidrat tetapi kurang makan sayur, buah-buahan dan daging juga akan mengalami gangguan kesihatan.

DRAMA KOREA POPULAR

  1.  

APAKAH KOLESTEROL

Kolesterol adalah bahan seperti lemak dan berlilin yang mempunyai banyak kegunaan dalam tubuh badan. Kolesterol digunakan untuk membina dinding sel, menghasilkan hempedu (yang membantu penghadaman) dan membuat vitamin. Paras kolesterol dalam darah dipengaruhi oleh dua faktor.

  1. Jumlah lemak dan kolesterol yang diserap daripada makanan berasaskan haiwan di dalam usus; dan
  2. Jumlah kolesterol yang dihasilkan oleh badan di dalam hati.
Kira-kira  80% daripada keseluruhan kolesterol tubuh dihasilkan di dalam hati dan 20% pula daripada makanan.  Paras kolesterol yang tinggi disebabkan oleh banyak faktor., termasuk kurangnya senaman, memakan makanan yang kaya lemak tepu, penyakit tertentu dan keturunan.  Paras kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan, termasuklah meningkatkan risiko untuk strok (angin ahmar), sakit jantung dan penyakit jantung koronari.

Beralih kepada diet yang rendah lemak adalah satu keperluan bagi mereka dengan paras kolesterol tinggi.  Walau bagaimanapun, ia tidak memadai kerana sebahagian besar kolesterol tubuh dihasilkan oleh hati.  dalam kes anda, doktor anda akan memutuskan keperluan ubat yang sesuai untuk mengawal paras kolesterol.

Thursday, December 3, 2009

KHASIAT SAYUR BAYAM

Bayam kaya dengan nutrien mikro amat diperlukan tubuh badan).  Asid folik, beta karotena, kalsium, metionin, nitrat, oksalat protein, serabut, vitamin A dan vitamin C . Khasiat makanan; digoreng, dibuat sup, masak lemak, kari dan sebagainya,  Sayur bayam memang popular di Malaysia dan beberapa negara lain seperti Indonesia, India, Bangladesh, Sri Lanka, Nigeria, Tanzania, Uganda dan bahagian tropika Amerika.  Makan bayam memang baik untuk kanak-kanak, ibu yang menyusukan anak dan pesakit yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan atau masalah ginjal.
Mereka yg malu untuk memohon kepada ALLAH selalu adalah di antara yg tertipu dengan muslihat syaitan dan itu adalah bibit2 kufur
Sesiapa yang tidak menggunakan rezeki yang diberi oleh Allah itu untuk keluarga dan diri sendiri, ia dinamakan kufur nikmat
Pintu syurga terbuka luas kepada mana2 wanita yang menjaga solatnya, puasanya dan taatnya kepada suami dengan penuh rasa cinta, kasih dan sayang
Pahala jihad boleh diperolehi oleh sseorg isteri dgn melayan baik & penuh kasih sayang terhadap suaminya yg pulang ke rumah dlm keadaan letih & lesu