Sunday, November 15, 2009

Muffin Coklat Walnut

Bahan-Bahan

60 gm mentega cair
100 gm madu
125 gm susu cair
1 biji telur
130 gm tepung gandum
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat 
1 sudu teh vanilla
50 gm chocolate chips
50 gm cocoa chips putih
50 gm walnut dibakar sebentar dan dicincang
50 gm raisins
Secukup acuan muffin dan mangkok kertas

Cara Cara
  • Panaskan ketuhar 180 C. Alaskan acuan muffin dengan mangkok kertas.Atau sapukan acuan muffin dengan mentega.
  •  Campurkan mentega cair,madu,susu cair ,vanilla dan telur.Kacau sehingga rata dan sebati.
  • Masukkan campuran tepung yang telah diayak dan dikacau rata.
  • Masukkan chocolate chip,walnut dan raisins kacau sehingga rata.
  • Sendukkan adunan muffin kedalam acuan muffin atau mangkok kertas.Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
  • Jika menggunakan mangkuk kertas yang kecil kecil,bakar adunan selama12-15 minit atau sehingga masak.
Al-Quran itu adalah panduan hidup. andai kita menghadapi kemusykilan rujuklah kepadanya dengan penuh harap walau hanya merenung huruf-hurufnya sahaja.

Saturday, November 14, 2009

BERSIHKAN MINYAK DILANTAI

Semasa memasak, kerap kali minyak terpercik atau tumpah ke lantai. Untuk memberishkan, ambil sedikit tepung gandum dan taburkan pada tempat yang berminyak. Insya Allah tepung akan menyerap minyak. Jadi senanglah kita membersihkannya. Selamat mencuba

Thursday, November 5, 2009

Kek Coklat Kukus (Mudah)

Bahan-bahan:-

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko ( saya selalu pakai Van Houten)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur (Gred A)
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
1 cwn air panas

Cara-cara:

- ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.
- satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah pakai mixer )
- masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi
- last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
- adunan ready utk dikukus. Kukus selama 1 jam.

Kek Coklat Kukus


Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara :
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .


Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Al-Quran itu merupakan manual dan panduan kehidupan. Mengamalkannya dengan betul, akan mendapat rahmat dan jalan yang benar lagi lurus.

Kata orang arifbillah di antara sifat pada seorang ulama, dia amat takut kepada Allah SWT, walaupun nyawanya jadi taruhan.