Sunday, January 27, 2013

TAHUN BARU 2013

Selamat Tahun Baru 2013...  

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.  Tiada apa ucapan lebih bermakna selain syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang istimewa.  Meningkat lagi usia pada Januari 18, yang pasti kita akan menempuhi segala cabaran dan dugaan yang mendatang.  Peningkatan usia mematang aku sebagai seorang wanita, anak, isteri dan ibu kepada 6 cahayamata.  

Menunggu ketibaan Februari dengan debaran, menanti kelahiran baby baru... hihihi... Usia meningkat... rezeki yang diberi oleh Allah taala, tiada siapa tahu. Alhamdulillah!!!  Semoga kehadiran orang baru memberi rezeki yang yang tak putus-putus.  

Kehidupan di dunia ini diteruskan dengan seribu harapan agar setiap apa yang aku lakukan menjadi kenyataan dan memberi manfaat kepada keluargaku semua yang mengenaliku.  

Buat anak-anak yang semakin membesar, hanya yang aku pinta berubahlah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain.  Jadilah anak dan insan yang berguna.  Gunakanlah akalmu yang telah dikurnia olehNya.  Hanya bekalan ilmu yang dapat aku berikan kepadamu.  Yang menentukan masa depan adalah kau sendiri.

Wahai anak muhasabah dirimu.  Teguranku untuk menyedarkanmu...  Kau terlalu alpa dan lalai mengurus diri.  Bagaimana mahu disiplinkan orang lain jika kau sendiri lupa diri?  Lupa kepada orang melahirkan, berlaku biadap seumpama tidak dididik oleh ibu ayah.  

Semoga kedatangan tahun baru memberi ruang kepadamu membetulkan diri, menyedarkan kamu.
Tahun baru!!! kedatanganmu tidak kutunggu yang pasti kau akan bertamu apabila cukup 365 hari berlalu.  Begitu juga usia semakin meningkat tanpa dipinta.  Aku perlu redha dan menerima segala yang berlaku, kerana itu kehendakmu ya Allah...