Saturday, January 9, 2010

TENTANG MADU

Cecair manis ini mengandungi banyak gula fruktosa, glukosa, maltosa dan sarkosa.  Madu menjadi sumber tenaga yang cepat dicerna untuk memulihkan rasa penat dan lelah.  Satu sudu madu mengandungi 64 kalori.  Rasa manis yang ada pada madu juga dapat mengurangkan rasa sakit, tekanan dan membuat kita tidur lebih nyenyak.  Ini kerana kandungan gulanya boleh menghasilkan serotonim (sel kimia yang berfungsi untuk menenangkan) di dalam otak. Antioksidanya, iaitu Vitamin C, 'chrysin', pinobaksin' dan 'pinocentrin' dapat mencegah sel penuaan, menyembuhkan luka dan melindungi kulit dari sinar matahari.  Sel anti mikrob yang ada pula mencegah timbulnya jerawat, hidrogen peroksida membersihkan kulit dan sel humektan melembapkan kulit rambut.