Sunday, December 26, 2010

Anda adalah apa yang anda fikirkan...

JUNK FOOD




Sebulan sekali untuk anak-anak apa salahnya...  Dominos Pizza...

IKAN MERAH MASAK LEMAK CILI PADI DAN KARI DAGING


Menu hujung minggu  -  Ikan Merah Masak Lemak Cili Padi dan Kari Daging..
YUMMMY!!!!

Thursday, December 23, 2010

APAM GULA HANGUS

Bahan-Bahannya:

3 gelas gula pasir
3 biji telur
4 gelas tepung gandum
3 camca besar susu tepung (dibancuh bersama air dan jadikan 1 gelas)
3 camca kecil soda bikarbonat

Cara Membuatnya: 

Satu gelas gula dihanguskan kemudian masukkan segelas air. Masak hingga menjadi satu gelas air gula hangus. Telur dipukul bersama baki gula tadi hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda berselang-seli dengan air gula hangus, akhir sekali masukkan susu. Sapu mentega pada loyang dan kukuslah lebih kurang 45 minit.

Thursday, December 16, 2010

Khasiat Belimbing Buloh



Belimbing buluh dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae. Ia sejenis tumbuhan tempatan yang ditanam untuk mendapatkan buahnya. Rasanya masam dan banyak digunakan dalam pelbagai masakan seperti sambal belacan, masak lemak dan sebagainya.Belimbing buluh juga mempunyai nilai ubatan yang tinggi. Ia berkesan untuk melicinkan kulit muka, serta mengatasi masalah jerawat. Buahnya diparut kemudian dicampur dengan sedikit garam dan sapu ke kulit muka
Jus buah belimbing buluh berkesan untuk melegakan penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan pitam. Ia juga berkeasn untuk melegakan masalah batuk. Caranya adalah dengan merebus buah, daun dan bunga belimbing buluh kemudian airnya diminum setiap pagi dan petang. Bunga belimbing juga mujarab untuk merawat sakit gigi.

Buah belimbing mengandungi sumber mineral dan khasiat yang menakjubkan.Di samping protein,kabohidrat,ia turut mengandungi kalium,serat,vitamin A,B dan C , Niacin,zat besi dan air. Dikatakan dapat menurunkan kandungan kolestrol,mencegah hepatitis,mencegah sel kanser,meningkatkan daya tahan tubuh badan.Bahan seperti pektin dalam belimbing mampu untuk mengikat kolestrol dan mengeluarakannya melalui sistem perkumuhan.Tambahan kandungan serat yang tinggi membolehkan pencernaan berjalan lancar.

Jadi sesuai juga bagi sesiapa yang ingin diet atau mengubah tabiat pemakanan untuk lebih stabil berat badan.Nak makan begitu sahaja pun boleh,tetapi ramai juga yang suka buat jus malahan ada yang buat ulam.

Belimbing yang sudah matang,bukannya terlalu masak, sesuai untuk meredakan pelbagai penyakit ,antaranya diabetes,kolestrol,batuk,radang kerongkong,demam dan kanser.Buah belimbing boleh juga mengubati malaria,malahan daunnya bergunakan untuk mengatasi tekanan dara tinggi serta bisul.Akarnya pula boleh mengubati buasir

Pencecah Ikan Bakar Istimewa

Bahan-bahan
  • 10 bji cili api
  • 3 biji cili merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 biji tomato
  • Setengah biji nanas dihiris kecil-kecil
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam (secukup rasa)
  • Belacan (ikut suka) - bakar dulu.
  • sedikit gula
Cara-cara
  1. Tumbuk cili api, cili merah dan belacan hingga hancur.
  2. Bawang besar & tomato - potong dadu.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan no (2) dalam satu mangkuk. Masukkan air asam jawa dan nanas
  4. Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa. Dah boleh makan

Teh Baik Untuk Kesihatan

Menurut laporan yang diterbitkan dalam Journal of The American Heart Association, minum teh dalam jumlah yang banyak ternyata dapat menurunkan risiko kematian setelah terkena serangan jantung.  Hal ini disebabkan oleh kandungan flavanoids semulajadi yang biasa ditemui dalam pelbagai makanan yang berasal dari tumbuhan dan dapat mencegah penyakit kardiovaskular.

Sunday, December 12, 2010

Assam Pedas

Bahan-Bahan:
Bahan ini dikisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
25 tangkai cili kering
1 inci halia
1 sd besar jintan manis
½ sd teh lada hitam
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih

Bahan tumis :
1 labu bawang besar dihiris halus
½ sd teh biji sawi
½ sd teh halba
5 tangkai daun kari (leraikan)

5 keping ikan tenggiri atau ikan parang atau 1 ekor ikan terubuk (dibersihkan)

2/3 cawan minyak masak
3 sd besar asam jawa campurkan dengan ¾ cawan air
1.5 liter air
2 biji tomato - potong 4
1 batang terung - potong
10 biji bendi
2 tangkai bunga kantan - dipecahkan
1 sd besar garam
½ sd teh serbuk perasa

Cara:
Panaskan belanga dan masukkan minyak. Tumis bawang hiris hingga kuning dan masukkan bahan tumis yg lain, biarkan naik bau.

Masukkan bahan kisar dan garam, tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawan dan kacau sebentar hingga naik minyak. Masukkan ikan dan sebatikan bersama bunga kantan.

Masukkan air, serbuk perasa, bendi dan bahan lain kecuali tomato. Tutup dan biar renih pada api kecil hingga mula pekat dan masukkan tomato. Biarkan 5 minit baru diangkat.