Sesungguhnya hidup ini penuh dengan dugaan dan cubaan. Yang pasti samada kita suka atau tidak, kita harus melaluinya.....
Friday, December 25, 2009
VITAMIN DAN MINERAL
Tubuh manusia memerlaukan lebih kurang 15 jenis vitamin dan mineral dalam kuantiti kecil. Selain daripada vitamin D dan K, kesemua jenis vitamin dan mineral yang lain hanya diperolehi melalui makanan. Kekurangan mana-mana satu bahan ini akan menimbulkan masalah kesihatan secara langsung atau mengurangkan daya tahan penyakit. Pengamal diet perlu memihlih makanan yang dapat menyumbang keperluan vitamin danmineral yang diperlukan oleh tubuh badan. Terlalu banyak makan bahan karbohidrat tetapi kurang makan sayur, buah-buahan dan daging juga akan mengalami gangguan kesihatan.
APAKAH KOLESTEROL
Kolesterol adalah bahan seperti lemak dan berlilin yang mempunyai banyak kegunaan dalam tubuh badan. Kolesterol digunakan untuk membina dinding sel, menghasilkan hempedu (yang membantu penghadaman) dan membuat vitamin. Paras kolesterol dalam darah dipengaruhi oleh dua faktor.
- Jumlah lemak dan kolesterol yang diserap daripada makanan berasaskan haiwan di dalam usus; dan
- Jumlah kolesterol yang dihasilkan oleh badan di dalam hati.
Kira-kira 80% daripada keseluruhan kolesterol tubuh dihasilkan di dalam hati dan 20% pula daripada makanan. Paras kolesterol yang tinggi disebabkan oleh banyak faktor., termasuk kurangnya senaman, memakan makanan yang kaya lemak tepu, penyakit tertentu dan keturunan. Paras kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan, termasuklah meningkatkan risiko untuk strok (angin ahmar), sakit jantung dan penyakit jantung koronari.
Beralih kepada diet yang rendah lemak adalah satu keperluan bagi mereka dengan paras kolesterol tinggi. Walau bagaimanapun, ia tidak memadai kerana sebahagian besar kolesterol tubuh dihasilkan oleh hati. dalam kes anda, doktor anda akan memutuskan keperluan ubat yang sesuai untuk mengawal paras kolesterol.
Thursday, December 3, 2009
KHASIAT SAYUR BAYAM
Bayam kaya dengan nutrien mikro amat diperlukan tubuh badan). Asid folik, beta karotena, kalsium, metionin, nitrat, oksalat protein, serabut, vitamin A dan vitamin C . Khasiat makanan; digoreng, dibuat sup, masak lemak, kari dan sebagainya, Sayur bayam memang popular di Malaysia dan beberapa negara lain seperti Indonesia, India, Bangladesh, Sri Lanka, Nigeria, Tanzania, Uganda dan bahagian tropika Amerika. Makan bayam memang baik untuk kanak-kanak, ibu yang menyusukan anak dan pesakit yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan atau masalah ginjal.
Subscribe to:
Posts (Atom)