Sunday, December 8, 2013

MENGATASI MASALAH BAYI DEMAM DAN SELSEMA

Bayi yang berumur di bawah 1 tahun amatlah tidak digalakkan diberi ubat.  Mari kita cuba amalkan petua orang lama untuk bayi yang demam.  Untuk menurunkan panas badan. Ambil segenggam asam jawa dan diramas bersama air. Ambil air perahan asam itu dan disapu di kepala bayi anda untuk menurunkan panasnya.  Atau ambil beberapa helai daun bunga raya diramas dengan sedikit air dan disapu ke kepala bayi anda.  

Untuk menghilangkan selsema pula kunyit hidup digesek dibelakang lesung batu dan dicalit sedikit kapur makan dan di sapu di batang hidung bayi yang dijangkiti selsema.  Selamat mencuba.  In sha Allah bayi kita akan lebih selesa.

MENU HUJUNG MINGGU








Menu sarapan untuk hujung minggu yang mengancam cucur sayur dan kopi Ó.  Makanan kesukaan anak-anak. Mmmmmmm.... sedapnya. jemput makan semua.  

Thursday, December 5, 2013


Apabila jari jemari menulis mengikut kata hati... Pena mengeluarkan tintanya mengikut kata minda, maka terjadi satu kata dan membina satu ayat yang mempunyai berbagai maksud.  Sungguh indah ciptaanNya, antara sedar dengan tidak dengan adanya tangan dan jemari maka kita boleh menggapai sesuatu, membuat sesuatu benda menjadi cantik dan menarik...  Oleh itu pergunakanlah ia untuk kebaikkan dan membuat perkara yang bermanfaat.

Monday, October 21, 2013

KETAHUILAH

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca, kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa, kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir, kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu ialah ibu daripada segala ketenangan jiwa.

Sunday, October 20, 2013

KATA-KATA INDAH

Lebih baik pujuk hati IBU, kalau ada buat salah,
daripada pujuk hati awek, yang gedik minta dipujuk.

Solat itu Ringan, bagi orang yang ambil Berat.
Solat itu Berat, bagi orang yang ambil Ringan.



- Ustaz Azhar Idrus

Sambal udang petai


Bahan-bahan

1 kilo udang sederhana besar
200 gm cili kering - dikisar
5 ulas bawang merah  - ditumbuk
3 ulas bawang putih     - ditumbuk
1 biji bawang besar
1 cawan air asam jawa
3 sudu besar minyak masak
1 sudu gula pasir
Petai ikut suka
garam dan perasa secukupnya

Cara-caranya:

 Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan cili sehingga masak atau naik minyak.  Kemudian masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih, masukkan semua bahan perasa, garam dan gula secukupnya. Selepas itu masukkan udang dan biarkan sambal mendidih sekali lagi, akhir sekali masukkan petai dan bawang besar yang telah di potong bulatl.  Kacau rata dan angkat, sedia untuk dihidang.  Yummy!!!

Sunday, January 27, 2013

TAHUN BARU 2013

Selamat Tahun Baru 2013...  

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.  Tiada apa ucapan lebih bermakna selain syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang istimewa.  Meningkat lagi usia pada Januari 18, yang pasti kita akan menempuhi segala cabaran dan dugaan yang mendatang.  Peningkatan usia mematang aku sebagai seorang wanita, anak, isteri dan ibu kepada 6 cahayamata.  

Menunggu ketibaan Februari dengan debaran, menanti kelahiran baby baru... hihihi... Usia meningkat... rezeki yang diberi oleh Allah taala, tiada siapa tahu. Alhamdulillah!!!  Semoga kehadiran orang baru memberi rezeki yang yang tak putus-putus.  

Kehidupan di dunia ini diteruskan dengan seribu harapan agar setiap apa yang aku lakukan menjadi kenyataan dan memberi manfaat kepada keluargaku semua yang mengenaliku.  

Buat anak-anak yang semakin membesar, hanya yang aku pinta berubahlah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain.  Jadilah anak dan insan yang berguna.  Gunakanlah akalmu yang telah dikurnia olehNya.  Hanya bekalan ilmu yang dapat aku berikan kepadamu.  Yang menentukan masa depan adalah kau sendiri.

Wahai anak muhasabah dirimu.  Teguranku untuk menyedarkanmu...  Kau terlalu alpa dan lalai mengurus diri.  Bagaimana mahu disiplinkan orang lain jika kau sendiri lupa diri?  Lupa kepada orang melahirkan, berlaku biadap seumpama tidak dididik oleh ibu ayah.  

Semoga kedatangan tahun baru memberi ruang kepadamu membetulkan diri, menyedarkan kamu.
Tahun baru!!! kedatanganmu tidak kutunggu yang pasti kau akan bertamu apabila cukup 365 hari berlalu.  Begitu juga usia semakin meningkat tanpa dipinta.  Aku perlu redha dan menerima segala yang berlaku, kerana itu kehendakmu ya Allah...